Tuesday, February 11, 2014

Lelaki ego dan cara mencintainya

helloooo guys, newbie here. This is my first post, okay taaruf (suai kenal sikit eh) ,seorang pelajar perubatan. Mohon doakan jadi seorang doktor untuk ummah dan islam ye :) . So hari ni nana nk citer pasal Lelaki dan Ego.First of all, nana just nak ingatkan yang mencintai seseorang itu tidak berdosa pun dan islam sendiri mengiktiraf cinta itu.

Jatuh Cinta
Jika kita teliti nas-nas Islam, tiada dalil yang Allah dan RasulNYA mengharamkan mencintai seseorang yang ingin kita jadikan pasangan hidup. Bahkan al-Quran mengiktiraf cinta tersebut. Ini kerana jatuh cinta antara jantina yang berbeza adalah fitrah manusia. Ia bukan diada-adakan. Ia arus yang mengalir dalam jiwa tanpa boleh dihalang. (boleh rujuk blog Dr.MAZA)

So ape yang nana nak citer ni based on true story lah ye :)
Lelaki dan ego macam jasad dan roh. Memang semua orang ada ego.Sama ada tinggi atau rendah je.
Persoalannya disini, bagaimana mahu mencintai,membuat lelaki itu mencintai kita dan terakhir sekali meruntuhkan ego nya itu.

1. Kenali Puncanya.
Kadang-kadang kita tak tahu sejarah silam dia. Dia pernah dimalukan seorang hawa yang dicintainya. Dek kerana kenangan lalu menghambat dia daripada berupaya menunjukkan perasaan kasih sayang dia. Sebab itu kadang-kadang dia seolah olah buat-buat tak kisah.

2. Stalk dia.
Haha x bermakna ikut dia ke mana sahaja. Curi-curi ikuti perkembangan FB,twitter,blog dia atau segala jenis akaun yang dia ada.Tengok status-status 2,3,4 tahun lepas dia.

3. Memberi pengertian.
Lelaki ni ego. Kadang2 dia tak nak mengaku salah. kadang2 dia tak tahu pun yang dia buat tu salah.
contoh, dia drive sambil mesej kita,pastu kita x reply. Dia ingat kita merajuk padahal kita risaukan dia. Biarkan dia. Biar dia fikir kembali kenapa. Kadang2 mereka perlukan ruang untuk berfikir,x bermakna diorang lampi atau bengap. Cuma mind set diorang kata perempuan ni susah nak difahami,datang bulan dan segala bagai. Bila dah reda cakap elok2 dengan dia. contoh.
''Saya tahu awak dah besar.Boleh jaga diri sendiri. Tapi mesej saya sambil driving bahaya lah awak. Mungkin awak x kan faham kenapa. Tapi awk bermakna dalam hidup saya''

4. Pendengar yang sangat baik dan memahami.
Lelaki.Ego.Masalah. lelaki x kan nak cerita dengan adik beradik,kawan lelaki,mak ayah dia kan??
so korang lah tempat dia bercerita. mungkin dekat msg,mungkin masa dating. so ape korang perlu buat?
*Dengar masalah dia penuh perhatian.
Biarkan dia habiskan cerita dia dahulu. Jangan buat2 x berminat. Jangan sibuk main handfon time dia bercerita. Pandang mata dia(kalau dah kahwin ye,kalau belum mohon curi2 je ). 
*Bahasa tubuh amat penting.
Angguk kan kepala tanda faham. Raut wajah tu control sedih ke gembira ke depends pada situasi masalah dia.Kalau dia tu suami korang. Genggam erat tangan dia. Supaya dia tahu dia bererti untuk anda.
*Percakapan pun kene jaga jugak.
Even korang boring sekali pun. Jangan pernah buat dia rasa mcm korang ni mcm x membantu. dahlah ada masalah.korang lagi menyakitkan diorang lagi. Jangan cuma balas, ''oh,eh?'' ''oh ye ke?''
 ''hmm ye la''ataupun ''tu lah kan saya dah cakap,x nak dengar,degil pulak tu, kan dah kena,padan muka'' memang minta selamat tinggal selama-lamanya lah kan ?
*Apa boleh saya bantu?
Lepas dia habis cerita. Tanyakan dia apa yang boleh saya bantu. Ataupun yakinkan dia korang akan sama2 cari jalan penyelesaian untuk dia. Bagi cadangan ke ape ke.
*Motivasikan dia.
Awak boleh.Awak lelaki yang hebat. Masalah ni kecil je, saya percaya awak boleh.

5. Buat dia rasa dihargai.
Kalau macam nana, dia dan nana dua negara yang berbeza. terpisah jarak masa 6 jam, nana dekat mesir pukul 2 pagi,dia pukul 8 pagi Malaysia. Pastu esoknya dia nak sambung belajar kat Madinah. Nana tahu dia sedih sebab dia sayang universiti Yaman dia tu. Dia tnya nana tido pukul bape semalam? pukul 12.30 bangun 4 pagi (waktu mesir). 'Haih awak tu bakal doktor,x baik x tido cukup bla2'' ''erk,its worth spending time with u before u take off- sangat berharga menghabiskan masa dengan awak sebelum awak berlepas,mungkin boleh bagi semangat *kononnya*'' nana balas chat dia. pastu dia balas 'terharu.serious.terharu'.

6.Dia tak akan mengaku mencintai anda.
Itu salah satu fakta. Dan korang kena bnyk2 bersabar lah ye. So lebih kepada cinta tarik tali. mungkin dia bagi petunjuk.perli korang ke cuba jealouskan korang dengan perempuan lain ke. kalau dalam kes tarik tali ni, better korang perli diorang habis2 yang korg pun suka diorang, knapa dorang main tarik tali? sebab diorang tak nak kalau cinta diorang bertepuk sebelah tangan.nanti diorang malu. malu weyh. malu lagi kalau korang bawak mulut cerita kat kawan2 yg cinta dia kat korang bertepuk sebelah tangan. Mesti jatuh saham diorang.

7. Bagi kasih sayang semaksima boleh.
aippp cinta tak perlu dibukti, cuma perlu dicurahkan. X perlu berpegangan atupun biarkan lelaki sentuh anda jika belum nikah,lelaki mcm tu menunjukkan dia x hormatkan anda,mak ayah anda sebab anda ada wali,dia perlu dapatkan anda secara terhormat bukan main NGAPP ! ,tolong ya anda ada agama yang perlu untuk disyukuri. contoh, perhatian,pengertian,nasihat,kata2 bermakna.

#bnyk lagi,tp nanti lah kita sambung,ttbe masa taip ni,dpt msg dia dr Madinah, Alhamdulilah dia dah sampai sana :')